Batalion Rejimen Renjer DiRaja Rejimen Renjer Diraja

Pada masa ini RRD mempunyai 10 batalion yang ditempatkan di seluruh negara.

1 Renjer

Rejimen 1 Renjer yang ditubuhkan pada 16 September 1963 di Kem Baird, Ulu Tiram sehari selepas pembubaran Sarawak Renjer merupakan sebuah rejimen yang pernah digeruni musuh negara satu ketika duhulu.

Berpaksikan kepada slogan Agi Idup Agi Ngelaban ataupun Selagi Hidup Selagi Melawan, 1 RRD telah menempah tempoh kegemilangan dan kejayaan dengan membunuh 91 pengganas dan menawan lapan musuh negara, merupakan rekod terbaik bagi unit infantri di bawah TD pada tahun 60-an hingga 80-an.

Atas kecemerlangan tersebut, kerajaan negeri Sarawak juga telah menganugerahkan Truncheon pada 19 November 1966 yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama, Tun Abang Openg Abang Sapiee.

Selain itu, batalion 1 RRD turut dianugerahkan Panji-Panji Rejimen pada 8 Oktober 1979 di Kem Terendak oleh Kolonel Yang Dipertua RRD, Tuanku Syed Putra Almarhum Syed Hassan Jamalullail sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan dan pengorbanan pasukan 1 Renjer.[1]

Batalion ini kini ditempatkan di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur, kem yang sebelum ini diduduki oleh 6 RRD. Rejimen ini dikenali sebagai Batalion Istiadat dan bernaung dibawah perintah 12 Briged infantri bersama-sama 1 RAMD Istiadat. Batalion ini adalah merupakan batalion yang tertua dan yang paling kanan didalam Rejimen Renjer DiRaja, batalion ini juga dikenali dengan gelaran Sarawak Rangers.Sarawak Rangers juga ada mempunyai kugiran pasukan yang dahulunya dikenali sebagai BLACK HACKLE,dan kini nama Black Hackle telah ditukar menjadi ''''D'Royal Rangers.

.

2 Renjer

[]

Tinta emas kelahiran Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja telah bermula apabila Tentera British telah menubuhkan sebuah pasukan infantri yang dikenali dengan 'THE SABAH RANGERS', pada 16 Sep 1963, bertempat di Kem NYASSA, ULU TIRAM, Johor. Pada asalnya batalion ini telah diwujudkan dengan dianggotai oleh 8 orang Pegawai British yang diterajui oleh Lt Col W.G WOOD MC, selaku Pegawai Memerintah. Batalion ini telah diletakkan di bawah“RANGERS GROUP HEADQUARTERS” yang mana bertanggungjawab di dalam aspek menyelaraskan polisi penubuhan dan latihan di antara Tentera British dan Angkatan Tentera Malaysia sehingga tahun 1965.

Batalion ini menggunakan warna hijau tua yang membawa maksud sedia untuk berjuang. Majoriti daripada anggota pasukan ini adalah daripada anak negeri Sabah. Suku kaum yang majoriti di dalam pasukan ini adalah daripada kaum Kadazan. Pada 1 Jun 1969, cogan kata pasukan ini telah diistiharkan dengan rasminya dalam bahasa Kadazan iaitu “OSIOU OH KAMANANG” yang bermaksud “SIAPA BERANI MENANG (WHO DARES WIN)”.

Batalion Kedua Rejimen Renjer telah dianugerahkan dengan Panji-panji Rejimen oleh DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed HassanJamalullail, Raja Perlis selaku Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer pada 30 April 1980 bertempat di Stadium Larkin, Johor Bharu,Johor Darul Takzim. Pegawai yang diberi penghargaan sebagai Pegawai Panji-panji adalah Lt M Nor Azman bin Mohd Yahya (3000871). 

Setelah hampir 20 tahun mengharungi cabaran, mencurahkan tenaga dan berkerjasama membantu dalam pembangunan negara, panji-panji pasukan telah diusahakan pertukarannya dalam suatu perbarisan yang penuh bersejarah dan pengiktirafan pada 27 Nov 2000 bertempat di padang kawad Kem SYED PUTRA. Istiadat Pertukaran Panji-panji Rejimen ini telah disempurnakan oleh Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer Diraja, DYMM Tuanku Raja Perlis. Ketua perbarisan selaku Pegawai Memerintah pasukan pada ketika itu adalah Lt Kol Zulkifli bin Mansor manakala Pegawai Panji-panji adalah Lt Annuar bin Abdullah dan SMR Perbarisan adalah PW 1 Ibrahim bin Abun.

Batalion ini ditempatkan di Kem Syed Putra, Ipoh. Sebelum ini kem tersebut dikenali sebagai Sulva Lines dan menempatkan Rumah Rejimen Renjer.

Pegawai Memerintah Bn Ke 2 Rejimen Renjer Diraja kini ialah Lt Kol Firdaus Quah bin Abdullah

3 Renjer

Pasukan ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Jul 65 di Kem Sulva Line Ipoh (sekarang dikenali sebagai Kem Syed Putra). Pegawai Memerintah yang pertama ialah Lt Kol D.I Mackenzie. Keanggotaannya terdiri daripada pegawai-pegawai dan PTT Kanan yang dipinjamkan daripada Tentera British. Seramai 48 orang anggota telah ditukarkan ke pasukan ini dari Tentera British di Singapura dan seramai 52 orang anggota lagi dibawa khas dari Batalion Pertama dan Kedua Rejimen Renjer. Kemudian seramai 50 orang rekrut lagi, kesemuanya adalah merupakan bekas anggota kerahan tenaga rakyat seluruh Semenanjung Malaysia telah diambil. Penubuhan pasukan ini adalah hasrat dari keinginan untuk menubuhkan sebuah batalion yang terdiri daripada berbilang bangsa di Malaysia. Siri pengambilan rekrut telah diadakan di seluruh Malaysia untuk memenuhi kekuatan batalion ini.  Pengambilan rekrut yang pertama telah menamatkan latihan mereka pada 19 Februari 66 iaitu seramai 350 orang. YAB Allahyarham Tun Abdul Razak pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan telah menerima tabik hormat. Pengambilan kedua telah menamatkan latihan mereka pada 19 Mac 66 dan upacara tabik hormat diambil oleh Ketua Turus Tentera Darat (KTTD) ketika itu iaitu Mej Jen Dato’ Abdul Hamid Bin Bidin seramai 150 rekrut. Ini diikuti pula dengan upacara tamat latihan pengambilan ketiga pada 23 April 66 di mana Brig Jen Mohd Noor Bin Hj Tamin pada ketika itu merupakan Panglima Briged Kedua telah menerima tabik hormat.

Selepas 3 RRD mengambil alih 1 RRD Di Kem Sulva Line dan buat pertama kalinya, papan tanda batalion dipaparkan di hadapan Markas Batalionnya dan bendera batalion dikibarkan dengan megahnya. Adalah nyata sekali bahawa Pegawai Memerintahnya seorang graduan United State Staff College, menyimpan pengaruh Tentera Amerika Syarikat. Ini telah terbukti apabila ia meminjam cogan kata United States Infantry School, Fort Benning yang berbunyi ‘Follow Me’ atau ‘Ikut Saya’ sebagai cogan kata batalion ini. Warna lambang perjuangan pasukan ini ialah merah. Warna ini telah dipilih sendiri oleh Pegawai Memerintah sebelum beliau sampai ke Malaysia lagi. Menjelang bulan April 66, pasukan ini telah mempunyai keanggotaan yang mencukupi. Latihan lanjutan telah dilancarkan dengan pesatnya sejak latihan pengambilan rekrut yang pertama. Sebagai acara kemuncak kepada latihan tersebut, satu latihan hutan selama 5 hari telah diadakan berhampiran dengan bandar Ipoh. Semasa latihan tersebut, GOC 17 Gurkha Division iaitu Mej Jen Peterson telah melawat pasukan ini pada 10 Mei 1966. Pegawai memerintah merasakan bahawa nilai dan semangat perjuangan yang tinggi telah ditunjukkan oleh semua anggota di dalam kompeni dan merasakan bahawa mereka kini layak untuk melaksanakan operasi. 3 RRD Merupakan pasukan pertama dalam Tentera Darat khususnya dan ATM amnya yang menerima anugerah daripada masyarakat tempatan Tawau, Sabah pada 8 Oktober 1989. Penghargaan ini sebagai tanda pengorbanan dan mengenang jasa anggota pasukan ini sepanjang tempoh bertugas mulai Disember 1986 sehingga Disember 1989. Kejayaan ini dimana pasukan berjaya menyelamatkan ratusan nyawa dan harta benda daripada kebakaran di Kampung Titingan, Tawau, Sabah. Pengurniaan tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Hj Abd Ghani Bin Rashid (Presiden Majlis Perbandaran Tawau).

Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja telah dianugerahkan dengan Panji-panji Rejimen oleh DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis selaku Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer pada 4 Okt 1980 bertempat di Kem terendak, Melaka. Pegawai yang diberi penghormatan sebagai Pegawai Panji-panji adalah Lt M Mohd Sani bin Hj Royan. Pada 4 Okt 2004, pasukan sekali lagi terlibat dalam pertukaran Panji-panji Rejimen yang baru setelah 23 tahun dianugerahkan Panji-panji Rejimen pada 4 Okt 1980. Seramai 9 pegawai dan 180 LLP yang diketuai oleh Pegawai Memerintah ketika itu iaitu Lt Kol Mas’od bin Hj Muhammad terlibat dalam pertukaran Panji-Panji Rejimen ini yang dilakukan di Padang Kawad Pasukan. SPB Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Jamalullail, selaku Kolonel Yang Dipertua Kor Renjer telah diberi penghormatan untuk menyempurnakan pertukaran panji-panji tersebut dalam upacara yang gemilang. Lt M Mohd Ikhsan Bin Mansor (3009446) telah ditugaskan untuk mengusung panji-panji baru dan dibawa mengarak di hadapan para hadirin dan di hadapan battalion.

Alamat Kem :

            Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja,            Kem Oya,            96000 Sibu,            Sarawak.

4 Renjer

Batalion ini ditempatkan di Kem Oran, Bukit Keteri, Kangar, Perlis.

5 Renjer

Berjuang Terus Berjuang

Sejarah Pasukan

Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja telah ditubuhkan pada 16 Mei 1969 di Kem Sg Udang Melaka, ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969 dan kegiatan berleluasa Parti Komunis Malaya. Pada awal penubuhannya, pasukan ini di kenali sebagai Batalion Kedua Rejimen Infantri Malaysia, dan beberapa elemen telah diserapkan bagi penyediaan sebuah Batalion Infantri. Pada bulan jun 1969, Batalion ini berfungsi dengan sepenuhnya dan telah bertukar nama kepada Batalion Ke 12 Rejimen Askar Melayu Diraja(RAMD). Pada Ogos 1969, Pasukan ini telah berpindah ke Kem Segenting, Port Dickson dan namanya telah ditukarkan kepada Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja.

Penempatan Pasukan

Semenjak penubuhannya, Pasukan ini telah ditempatkan dibeberapa buah Kem diseluruh negara. Diantara Kem-kem yang pernah diduduki oleh Pasukan ini seperti berikut:

a. Kem Sg Udang, Melaka - 16 Mei 69 - 31 Jul 69b. Kem Segenting, Port Dickson - 01 Ogos 69 - 21 Sept 75c. Kem Wong Padong, Simanggang - 22 Sept 75 - 20 Dis 76d. Kem Terendak, Melaka - 21 Dis 76 - 04 Okt 78e. Kem Pakit, Simanggang - 05 Okt 78 - 29 Dis 80f. Kem Wardieburn, Kuala Lumpur - 30 Dis 80 - 18 Okt 89g. Krm Tasik Biru, Bau - 19 Okt 89 - 19 Nov 93h. Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu - 20 Nov 93 - Sekarang

Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja sekarang di bawah pemerintahan Lt Kol Jafri bin Sulaiman

Alamat Kem :

            Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja,            Kem Desa Pahlawan,            16500 Kota Bharu,            Kelantan.

6 Renjer

Pada 18 Ogos 2016, Batalion ini telah berpindah dari Kuala Lumpur ke Kem Ulu Tiram, Johor dan bernaung dibawah 7 Briged Infantri.[1]

7 Renjer Mekanise

Batalion ke 7 Rejimen Renjer Diraja ataupun 7 Renjer telah ditubuhkan pada 10 Mei 1970 di Kem Quetta II Kluang, Johor dengan peruntukan seramai 202 rekrut baru untuk penubuhan 2 Kompeni infantri.

Pasukan ini kemudiannya dikukuhkan dengan pindahan anggota satu Kompeni infantri daripada tiap-tiap batalion 8 Melayu, 2 Renjer, 3 Renjer dan 4 Renjer. Dengan pindahan kompeni-kompeni tersebut, 7 Renjer lengkap ditubuhkan sebagai batalion infantri yang beroperasi penuh. Pegawai Memerintah yang pertama iaitu Leftenan Kolonel Osman bin Mohd Zain.

Batalion ini telah ditukarkan disignasi menjadi sebuah batalion mekanize dan menjadi salah satu tunjang kekuatan dalam pasukan 4 Briged Mekanize. Batalion yang kini dilengkapkan dengan kenderaan jenis Adnan ini ditempatkan di Kem Batu Lima, Mentakab, Pahang dan sering menyertai perarakan hari kebangsaan.

8 Renjer Para

Rencana utama: 8 Renjer Para

Batalion Kelapan Rejimen renjer Diraja (8 Renjer) merupakan salah satu batalion yang membentuk 10 Bridged Para. 8 Renjer Para sekarang berpangkalan di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka. Batalion ini terkenal dengan kebolehan seluruh anggotanya yang berkemampuan untuk diaturgerak ke sesuatu kawasan operasi secara diterjunkan melalui udara atau turun menggunakan tali dari helikopter.

9 Renjer

Batalion ini ditempatkan di Kem Taiping, Perak.

10 Renjer (diaktifkan semula)

Batalion Ke 10 Rejimen Renjer Diraja telah ditubuhkan pada 1 Jan 1980 melalui surat kuasa KP/TD/ATUR/4664 Jilid 5 bertarikh 22 Dis 1979. Namun begitu, Nukleus 10 RRD mula wujud pada 1 Apr 1980 di Wade Wing, KEMENTAH dengan keanggotaan nukleus terdiri daripada 2 Pegawai dan 22 LLP. Kemudiannnya barulah ditambah beberapa kompeni dari batalion-batalion lain setelah diarahkan untuk bergerak ke Bau, Sarawak. Ia dilaksanakan secara berperingkat. Anggota-anggota dari 6 RRD telah bergerak dari Kem Oya, Sibu, Sarawak pada 15 Mei 1980 dengan menaiki bot ekspress. Anggota-anggota dari 5  RRD bergerak dari Kem Simanggang, Seri Aman pada 7 dan 10 Jun 1980 sementara anggota-anggota dari 1 RRD dan 4 RRD bergerak dari Pelabuhan Klang dengan menaiki Kapal MV Sang Fajar pada 22 Julai 1980.

Namun pada 12 Julai 1995, Di bawah rancangan penyusunan semula struktur Tentera Darat menjelang tahun 2000, 10 RRD telah diputuskan untuk diletakkan di bawah implimentasi semula  (under implimentation). Istiadat Paluan Berundur sempena under implimentation pasukan telah dilaksanakan pada 12 Jul 1995 di padang kawad pasukan. Dengan rancangan under implimentation ini, semua anggota 10 RRD telah diserapkan ke batalion - batalion Rejimen Renjer Diraja yang lain. Terdapat juga anggota-anggota yang diserapkan ke lain-lain Kor di dalam Tentera Darat.

Penubuhan semula 10 Renjer adalah selaras dengan keputusan Jawatankuasa Pembangunan TD Siri 9/08 pada 31 Dis 2008, Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja telah ditubuhkan semula pada 1 Okt 2009 di Kem Muara Tuang, Kuching, Sarawak. Penubuhan semula 10 RRD adalah bertujuan untuk melengkapkan 3 buah batalion infantri di bawah naungan 3 Bgd dan memenuhi keperluan menempatkan 1 x batalion infantri di Kem Muara Tuang.[2]

11 Renjer

Batalion ini pernah ditubuhkan pada awal tahun 1980-an tetapi telah dibubarkan pada tahun 1990-an ekoran perubahan struktur elemen tempur dalam Tentera Darat Malaysia selepas ketiadaan ancaman dari pengganas komunis.